Friday 11 May 2012

Bulat.. hai Bulat...



Malu rasanya hati macam tiada yang lain untuk disebut-sebut. Bibirnya digigit kuat. Malu.jerit Ainan kuat dalam hati Malu kerana kepalanya yang telah digondol ayah.
“ Jangan ayah. Nan janji takkan buat lagi” rayunya. Tapi ayah buat pekak badak.
“ Nan janji ayah”, Ainan merayu lagi
“Janji apa. Selagi ayah tak buat macam ni selagi tu kamu nakal tak mahu dengar kata. Biar kamu botak” tegas kata ayah. Tangan ayah terus ligat mencukur kepala Ainan. Kini kepalanya bulat macam bola. Tiada seurat rambut yang mencacak dikepalanya.
‘ tak sangka ada Mawi baru. Cantik la Nan. Azam baru yer Nan” perli Saad
Nan diam tak berkata apa-apa. Bukan dia tak tahu makin dia lawan makin menjadi mereka.
“ bukan jer makin lawa dan segak tapi pun  bulat macam bola” tambah Bain.
Agrhhh…! Geram. Botak. Bulat. Bulat.
Apa lagi yang mereka tak cakap
‘ Betul la tak payah kita cari tombol pintu lagi, yang bulat kan ada kat sini” tambah kawan-kawanya sambil disambut ketawa mengilai yang lain
Nan angkat kaki tak tahan dengan sindiran kawan-kawanya. Sampai hati mereka. Sampai hati Saad, Bain, Tuin, Meon. Masa jolok buah rambutan dengan duku bukan main lagi galak ajak Nan sama. Bukan main lagi suruh Nan jadi tukang panjat kononya boleh kongsi seorang separuh. Sudahnya bila kena tangkap dia seorang yang kena hukum.
Ini tak adil. Bentak hati Nan.tapi bila ingat janji Nan yang tak mahu nakal tak mahu kepalanya jadi bulat lagi, Nan tak dapat berkata apa-apa
Apa nak buat benda dah jadi. Nan janji pada dirinya dia tak akan ulangi kesilapan itu. Dia tak mahu kena perli kena sindir lagi. Biarlah kepalanya ada rambut lagi dan tak nampak bulat. Biarlah Milah bangga dan dia tak tunduk sambil pakai kopiah lalu dihadapan rumah gadis idaman hatinya.
“ Aku janji” bisik hati Nan dengan azam teguh dihati.

No comments:

Post a Comment