Friday, 11 May 2012

Bulat.. hai Bulat...



Malu rasanya hati macam tiada yang lain untuk disebut-sebut. Bibirnya digigit kuat. Malu.jerit Ainan kuat dalam hati Malu kerana kepalanya yang telah digondol ayah.
“ Jangan ayah. Nan janji takkan buat lagi” rayunya. Tapi ayah buat pekak badak.
“ Nan janji ayah”, Ainan merayu lagi
“Janji apa. Selagi ayah tak buat macam ni selagi tu kamu nakal tak mahu dengar kata. Biar kamu botak” tegas kata ayah. Tangan ayah terus ligat mencukur kepala Ainan. Kini kepalanya bulat macam bola. Tiada seurat rambut yang mencacak dikepalanya.
‘ tak sangka ada Mawi baru. Cantik la Nan. Azam baru yer Nan” perli Saad
Nan diam tak berkata apa-apa. Bukan dia tak tahu makin dia lawan makin menjadi mereka.
“ bukan jer makin lawa dan segak tapi pun  bulat macam bola” tambah Bain.
Agrhhh…! Geram. Botak. Bulat. Bulat.
Apa lagi yang mereka tak cakap
‘ Betul la tak payah kita cari tombol pintu lagi, yang bulat kan ada kat sini” tambah kawan-kawanya sambil disambut ketawa mengilai yang lain
Nan angkat kaki tak tahan dengan sindiran kawan-kawanya. Sampai hati mereka. Sampai hati Saad, Bain, Tuin, Meon. Masa jolok buah rambutan dengan duku bukan main lagi galak ajak Nan sama. Bukan main lagi suruh Nan jadi tukang panjat kononya boleh kongsi seorang separuh. Sudahnya bila kena tangkap dia seorang yang kena hukum.
Ini tak adil. Bentak hati Nan.tapi bila ingat janji Nan yang tak mahu nakal tak mahu kepalanya jadi bulat lagi, Nan tak dapat berkata apa-apa
Apa nak buat benda dah jadi. Nan janji pada dirinya dia tak akan ulangi kesilapan itu. Dia tak mahu kena perli kena sindir lagi. Biarlah kepalanya ada rambut lagi dan tak nampak bulat. Biarlah Milah bangga dan dia tak tunduk sambil pakai kopiah lalu dihadapan rumah gadis idaman hatinya.
“ Aku janji” bisik hati Nan dengan azam teguh dihati.

Tuesday, 8 May 2012

Francissca Peter & Jamal Abdillah : Kehebatan Cinta (HQ Audio)

DENDAM YANG TERINDAH


“Sabar Putri.Sabar ”pujuk Salma. Memang dia sedang cuba untuk  terus bertenang memujuk hati agar sabar menerima keadaan ini.Tapi bagaimana mungkin dia mampu untuk terus bertahan. Selama ini dia lansung tidak menyimpan dendam malah marah pada orang yang sudah menghitamkan warna masa depannya. Tapi kali ini… CahayaMata nya itu sedang berhempas pulas untuk mendapatkan kehidupannya. Turun naik dada Nur Ain tanda sukarnya  untuk dia bernafas. Air mata  AisyaPutri deras mengalir dipipi. Ya Allah andai dapat aku gantikan tempatnya ambillah aku sebagai ganti ini.  Aisya Putri semakin tak sanggup memandang sekujur tubuh yang penuh berdarah.
“ Putri… Maafkan I” suara Fariz hanya tengggelam timbul digegendang telinga Putri. Nur Ain mama sayang sekali padamu. Jangan tinggalkan mama. Pandangan Putri kabur dilimpahi mutiara jernih  yang semakin kelam. Nur Ain…
“ Putri!!!!!”
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Tangisan itu masih lagi berterusan. “ Sampai hati u Riz… “ perlahan suara Aisya Putri.Wajah lelaki kesayangannya itu dipandang lama. Lelaki yang paling dicintai. Satu-satu lelaki yang hadir dalam hidupnya. Dia belum pernah jatuh cinta dan tak pernah punya kawan lelaki. Inilah yang pertama. Sungguh tak diduga Fariz sanggup melepaskan diri begitu sahaja.
“ Apa salah I Riz?U pun tau I cintakan U” Fariz masih tak berkata-kata apa-apa. Riak wajahnya lansung tak tergambar apa-apa perasaan.  Lansung tak bersalah. Apakah Fariz tak punya sebarang perasaan padanya lagi. Apakah selama ini Fariz cuma mempermainkan  hati dan perasaannya.
“Rizzz.. Please answer me” tangan Fariz cuba dicapai. Digenggam jemari Fariz. Tiada respon. Kenapa?
“ Fariz..” Aisya Putri cuba bertegas
“ Ada apa..?”Bentak Fariz.Tangan kanannya yang dipegang Aisya Putri  direntap.
“Rizzz!”Airmatanya kian lebat gugur. Sungguh kasar perlakuan Fariz. Belum pernah  walau sekali Fariz  memperlakukan dia sebegini. Adakah ini warna sebenar lelaki kesayangan itu. Adakah selama ini Fariz menyembunyikan belangnya. Bukan Aisya Putri tak pernah mendengar cerita dari teman-teman bagaimana sikap Fariz. Tapi matanya terlalu kabur untuk melihat segala keburukan itu. Bagi Aisya Putri itu semua cuma satu kelemahan dan bukankah setiap manusia punya kelemahan.  Begitu besar cinta Aisya Putri pada Fariz. Tapi kini dia sedar. Setelah segalanya diserahkan hingga mahkota dirinya jatuh ketangan lelaki itu barulah semuanya jelas kelihatan. Dan apa yang paling ditakuti kini mula menerajui hatinya.
“ Tolong la Riz.. Jangan buat I macam ni. U nak I bukti macammana lagi cinta I pada U” rayu Aisya Putri. Sungguh dia merayu pada Fariz agar jangan meninggalkan dirinya. Dia tak tahu bagaimana untuk meneruskan hari-harinya. Cintanya pada Fariz terlalu besar hingga dia sanggup membuang sahabat dan keluarga.
“ Sudahlah Sya… Rasanya I belum boleh ada apa-apa komitmen dengan U. Lagi pun I belum stabil pun lagi” Fariz bangun berdiri dihadapan Aisya Putri. Aisya putri masih lagi melutut dihadapan Fariz.“ Apa pun yang dah jadi antara kita, kita  anggap jer la sebagai kenangan.  I’m sorry Sya..” Fariz melangkah pergi.
Semudah itu dia melafazkan. Hanya sebagai kenangan… Sebuah kenangan terindah. Itulah yang tertulis di kad kecil pemberian Fariz pada malam harijadi yang disambut dengan romantisnya bersama Aisya Putri yang akhirnya kalah dalam pelukan lelaki itu hingga dia memberikan sesuatu yang bukan milik lelaki itu. Ya, Allah!  Ampuni dosa hambamu ini.
“ Mama… Naper mama nangis” tegur  Nur Ain.  Jari-jari runcing kecil itu pantas menyapu pipi gebu Aisya Putri dan segera dicapai oleh Aisya Putri.
“ Mana ada mama Nangis. Mata mama sakit sikit jer,” balas Aisya Putri sambil mengukir senyuman.
“ Mama tipu…” cepat  Nur Ain mematah kata mamanya. Aisya Putri tak mampu bersuara lagi. Nur Ain yang membawa maksud Cahaya Mata itu benar-benar membawa cahaya dalam dirinya. Bila Fariz meninggalkan dirinya bukan sekadar sebuah cinta yang lebur di hati yang berbekas tetapi dia turut memberikan Nur Ain pada Aisya Putri.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“ Cakap Aisya siapa lelaki itu…” begitu marah Papa pada dirinya bila dia sah mengandung tiga bulan. Sakit hatinya ditinggalkan masih belum hilang masalah baru pula timbul. Sangkanya darah kotor  yang lewat  datang dan datang tak menentu cuma satu kebetulan. Tapi sungguh tak disangka ia merubah seluruh hidup Aisya Putri.
“ Cakapla Sya.. Jangan Sya buat mama macam nie.. Sya tak kesian pada mama dan papa ke?” sayu sekali suara mama pada tika itu.Mengapa aku terlalu tega melukakan hati mama dan papa.
“ Sudah.. apa pun papa nak kau jangan tinggal disini lagi. Papa nak kau tinggalkan rumah ini”. Itulah kata akhir papa. Papa benar-benar tak ingin dia tinggal dirumah itu. Apa lagi dapat dibuat. Fariz sudah lama tak ditemui. Semenjak dia meninggalkan Aisya kolejnya turut bertukar. Segala nombor telefon pun ditukar. Aisya benar-benar keseorangan. Nasib baik mama masih kasihan padanya dan menghantar Aisya ke rumah pemulihan. Aisya terus tinggal disana hingga dia bersalin. Kesal dan kecewa memang tak mampu diungkap oleh Aisya Putri. Dan kalau masa itu mampu diundur sesesungguhnya dia tak ingin bertemu Fariz.
Astagfirullah…! Aisya Putri mengucap. Sedar betapa dia tak boleh mempertikaikan Qada’ dan Qadar Allah. Apa pun yang berlaku sesungguh seharusnya dia menerima dengan tenang. Masih dia teringat wajah salah seorang ahli rumah pemulihan yang banyak memberi kesedaran. Baginya Haryanti tak sepatutnya berada dirumah pemulihan itu. Haryanti bukanlah seorang gadis liar dan tak bermoral. Bukan juga orang yang menyerahkan dirinya dengan mudah. Haryanti terlalu menjaga maruah dirinya yang tak mungkin diserahkan kepada sesiapa pun jua walau seorang kekasih selagi belum bergelar suami yang sah padanya. Namun siapa menyangka seseorang yang sepatutnya menjadi pelindung pada seorang wanita yang lemah , dia juga yang merampasnya. Haryanti dirogol dan diliwat dalam keadaan yang sangat tak berdaya. Tak siapa tahu jika dilihat dalam keadaan biasa  memang Haryanti itu dilihat seorang yang normal walau sesungguhnya dia adalah seoarang yang tidak dikurniakan penglihatan Haryanti buta. Tapi dia tidak buta hati. Sampai hati orang memperlakukannya itu. Namun kuasa Allah siapa menduga. Hambanya yang tersayang tak lama di bumi fana ini. Namun masih terngiang-ngaiang di telinga Aisya Putri kata-kata Haryanti padanya.
“ Memaafkan itu memang sukar. Tetapi saat memaafkan itulah yang akan menukar seluruh diri kita menjadi lebih bahagia. Sya maafkan diri Sya… Sya akan bahagia” Memang benar hatinya kini sungguh bahagia.Tiada dendam  yang melekat dalam hatinya. Sungguh dia sukar untuk menerima kenyataan untuk menjaga Nur Ain dan dibuang keluarga. Namun bila Haryanti yang masuk ke rumah pemulihan itu tak lama selepas Aisya Putri , dia begitu banyak menarik perhatiannya. Haryanti lansung tidak berdendam pada orang yang memperlakunya sepertinya itu. Tanggapan Aisya Putri, Haryanti seorang gadis yang liar. Namun jangkaannya itu silap bila dia tahu Haryanti buta tapi terang hatinya. Pernah Aisya bertanya mengapa tiada dendam haryanti pada orang yang merogolnya.
“ Yanti tak nak nanti anak Yanti mewarisi dendam itu.” Terang Haryanti ringkas. Sungguh mengejutkan Aisya. Mengapa Haryanti tak mahu membalas segala perbuatan orang yang sudah memusnahkan hidupnya.Bagi Aisya segala perbuatan ada balasan.
“ Betul .. tapi bukan kita yang penentunya. Kalau bukan di dunia dia dapat, di akhirat pasti ada balasanya kan!” balas Haryanti sambil tersenyum. Benar itulah hakikat sebenar kehidupan.
“ Apa lagi kau menung nie Putri” Salma menepuk bahu Aisya Putri. Aisya menoleh. Wajah berkerut sakit. Kuat juga tepukan Salma. Memang dia tak perasan bila Salma sampai
“ Ya Allah… Kau tak buka kedai lagi ke Putri. Dah pukul berapa nie?” jerit Salma dari depan pintu kedai. Alamak dah pukul berapa nie. Hah!  Pukul 3.15. Orang sembahyang Jumaat sudah lama balik. Ya Allah kenapa aku nie. Apa dah jadi. Nur Ain… mana Nur Ain?
“ Salma… Sal.. Kau ada nampak Ain tak”tanya Aisya Putri.
“Ntah?!” balas Salma.
“ Sebelah sana kut” Tangannya menunjuk kawasan kanan kedai  bunga. Memang Nur Ain suka bunga ros dan tulip. Disebelah kanan kedai lebih banyak bunga ros dan tulip.Kata Nur Ain yang lebih sukakan bunga tulip katanya bunga tulip bukan saja cantik tapi juga romantik. Macam orang tua. Selalu Salma mengusik anak temannya itu
“ Ain… Nur Ain! Cahaya Mata” panggil Aisya Putri. Diam masih belum ada jawapan. Aisya Putri tersenyum. Tahu Nur Ain suka bermain dengan Aisya Putri. Baginya mamanya itu  adalah teman sepermainan. Memang sengaja Aisya Putri melayannya begitu. Bagi Aisya Putri  biarlah Nur Ain bahagia walau dia tahu betapa sukar satu ketika nanti dia harus memberitahu segalanya.
“Ain… Ala mama tau Ain ada kat sana. Ok la kalau Ain tak nak kuar mama nak ajak Cik Sal pegi makan ayam goreng Upin Ipin la,” pancing Aisya.
Tahu benar apa kegemaran Nur Ain. Apa saja berkaitan dengan Upin Ipin itulah kesukaannya. Pantang disebut pasti muncul. Satu, Tiga minit, Lima minit. Nur Ain masih tak muncul. Bayangnya juga tak kelihatan.
“ Ain.. Nur Ain!” hati Aisya mula berubah. Rasa kecut terasa diulu hati. Mana Ain nie?Aisya Putri terus berjalan sehingga ke hujung kedai . Separuh bunga tulip yang berada di kedai Bunga Cahaya Florist dirayau. Wajah puteri kesayangannya itu masih tiada.
“ Sal!... Salma!”jerit Aisya Putri dari belakang kedai.
“ Hah! Kenapa kau Putri? Terjerit-jerit nie” Salma yang terkejut sudah berada dekat Aisya Putri.
“Ain …Sal! Dia tak ada” bergetar suara Aisya Putri. Tak tahu bagaimana dia mampu berdepan kalau Nur Ain benar- benar hilang. Tidakkkkkk
“ Tak apa Putri… Ada tu. Biar aku tengok kat luar sana”. Salma keluar kedai meninjau kalau- kalau Nur Ain ada dikedai sebelah. Tak mungkin. Nur Ain tak pernah pergi kemana-mana tanpa memberitahu dirinya. Arghhhh… Janganlah kau ambil dia dariku. Walau dia bukan anak yang sah tarafnya tapi dia terlalu suci dan hadiah paling indah kau berikan padaku. Derai mutiara terus mengalir di pipi Aisya Putri. Masih terasa peritnya saat ketika dia melahirkan Nur Ain. Tanpa sesiapa yang dikenali disisi, hanya jururawat sahaja dia hampir hilang semangat melahirkan. Namun laungan Allah Huakbar sewaktu masuknya waktu subuh bagai mengingatkannya kembali pada pesanan Haryanti .
“ Izinkan dia kedunia ini Sya… Dia terlalu suci untuk dikorbankan. Bukan salah dirinya pinta lahir kedunia. Sayangi dia kerana dia adalah Hadiah Terindah untukmu”. Nur Ain memang hadiah terindah. Hampir sahaja dia kehilangan Nur Ain bila jururawat memaklumkan ur Ain hanya ada 50-50 untuk hidup. Nur Ain lemas dan hilang banyak oksigen.Tapi dia masih hidup. Sungguh cerdik. Begitu memahami hati dan perasaan Aisya Putri. Tak pernah meminta apa-apa. Bertanya ayahnya pun tidak. Bagai tahu siapa dirinya. Teringat Aisya akan pertanyaan Nur Ain semalam
“ Ma…Ain anak mama ker anak ayah?”spontan soalan Nur Ain. Petang yang redup begitu menenangkan mereka berdua. Memang sengaja Aisya membawa Putri keluar ke taman  permainan dekat kawasan perumahan mereka.
“ Napa Ain tanya macam tu..? “ Dahi Aisya Putri berkerut. Pelik dengan pertanyaan Nur Ain. Buaian yang diduduki Nur Ain masih diayun.
“ Ain nak nama Ain binti mama jer la. Ain kan tak der ayah, ader mama jer. Biarlah Ain binti mama. Nur Ain binti Mama” selamba Nur Ain berkata. Ya Allah. Sungguh tak Aisya duga  Nur Ain akan berkata. Nur Ain yang tak pernah bertanya tentang ayahnya tiba- tiba berkata begitu. Adakah kau tahu nak siapa dirimu.Jangan kau simpan  dendam dalam dirimu.
“ Ma… Mama!” tiba-tiba kedengaran suara kecil Nur Ain. Ain… Itu Ain. Aisya segera berlari ke depan.Salma yang dimuka pintu sudah pun masuk.
“ Mama…!”
“ Ain… Ain pegi mana? Kenapa pergi tak bagi tau mama…Ain!’ Tinggi nada suara Aisya Putri. Tangannya sudah menggenggam lengan kecil Ain. Wajah Ain berkerut sakit. Takut apatah lagi.
“Ma… sakit,”Ain sudah menangis. Aisya tak mampu membendung rasa hati. Marah dan takut benar-benar mencengkam. Tak tahu bagaimana kalau Ain hilang tadi.
“Kan mama..!’
“Saya yang pujuk dia ikut saya….” Aisya  Putri mendongak. Disebelah Nur Ain bediri seorang lelaki. Lama ditenung. Lengan Ain sudah dilepaskan.
“Awak siapa?  Aisya Putri begitu hairan. Belum pernah Ain mengikut sesiapa  yang tak dikenali walau dipujuk berkali-kali. Walau apa pun umpannya. Tapi kali ini. Siapakah dia. Wajahnya…
“Saya Fariz.. Fariz Isham”. Dum! Tak mungkin. Tak mungkin dia. Tahukah dia. Ain.. Nur Ain dimana. Lega hati Aisya Putri. Nur Ain yang tadinya masih teresak sudah mula ketawa bersama Salma teman baik Aisya Putri. Tapi tahukah dia? Tahukah Ain? Apakah ini suatu dugaan menguji sejauh mana kuatnya iman hambamu.
“ Cik.. Opsss…Puan.Saya nak panggil apa?’ Tak mungkin dia tak tahu, bisik hati Aisya Putri
“ Putri…Aisya Putri”bergetar suara Aisya.Tangan Fariz yang sudah pun dihulur disambut. Hah! Kau masih begitu. Hipokrit. Wajah Fariz dipandang lama. Tiada lagi bayang –bayang kekalutan dihati Aisya Putri seperti diwaktu mula Fariz perkenalkan dirinya.
“Saya minta maaf sebab menyusahkan Cik Aisya, saya Cuma ajak dia makan ayam goreng jer tadi’ jelas Fariz. Memang kau sudah lupa padaku Fariz. Benar wajah Aisya Putri banyak berubah. Dulu rambutnya panjang lurus mengurai dibiarkan tanpa tudung. Kini Aisya Putri lebih cantik dengan sehelai tudung menutup aurat. Hatinya semakin tenang.
“Sepatutnya awak jumpa saya dulu minta izin bukan terus main ambik jer. Tak apalah dia pun dah selamat” Aisya Putri ingin segera menutup perbualan itu. Bukan dia benci atau berdendam tapi dia tak mahu  Nur Ain terus mengenali lelaki itu. Padanya dia tidak ingin Fariz tahu siapa  Nur Ain. Biarpun diwajah Fariz seakan ingin terus mendekati Nur Ain tapi Aisya Putri tak rela. Tak mahu menyukarkan keadaan. Dengan keadaan Nur Ain yang sebenar dan dia yang masih belum bersedia menerangkan pada Fariz apatah lagi  pada Nur Ain.
“ Cik Aisya….”
Apa lagi yang dia mahu. Tolong hambamu ya Allah.
“Mama…Uncle nie baik tul la. Uncle nanti bawak Ain jenjalan leh tak”pinta Nur Ain tiba-tiba muncul di depan Aisya Putri. Bagai nak gugur jantung Aisya mendengar permintaan Nur Ain.
“ Leh la mama…Ain suka uncle. Tadi uncle belikan Ain ice cream. Sedap tau ma. Boleh la ma” rayu Nur Ain. Aisya benar- benar keliru. Dia tak tahu bagaimana untuk menolak. Mengecewakan permata hatinya itu. Tanpa sedar Aisya Putri sudah pun mengangguk. Membenarkan tanpa menyedari  kesan yang bakal diterima. Haruskah kufikirkan lagi.
“Bukan hari nie sayang..Lain kali yer”balas Aisya Putri. Nur Ain tersenyum puas
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Putri.. Riz nak minta maaf” Inilah ucapan maaf pertama setelah sekian lama terpisah dan  semenjak kejadian Nur Ain hilang. Tak tahu bagaimana Fariz mendapat nombor telefonnnya tapi baginya ia tidak membawa sebarang makna. Sudah hilang rasa sayang dan rindu kalau itu yang dipinta Fariz. Saat Fariz meninggalkan dirinya tiada cinta yang ingin diberikan. Semua sudah beralih pada Cahaya Matanya itu. Baginya cinta seorang wanita dan lelaki hanyalah cinta palsu tiada yang sejati. Dan  setelah berkali-kali Fariz memujuk untuk berjumpa dan berulang kali juga Aisya  Putri menolak akhirnya Aisya Putri sanggup jua bertemu bila Fariz mula bertanya tentang ayah Nur Ain.Walau sudah berulang kali dia menyatakan itu anaknya tapi Fariz tetap tak berpuas hati. Memang sukar dinafikan sepasang mata hazel itu mirip sekali mata Fariz. Mata yang pernah menguasai perasaan Aisya Putri hingga dia lupa pada dirinya.
“Sya…”Aisya Putri masih diam
“Please Sya…bagitau Riz siapa ayah Nur Ain. Riz nak tau Sya”Mengapa kini baru Fariz muncul dan bertanyakan semua itu. Mengapa bukan dulu diwaktu saat dia amat memerlukan Fariz. Mengapa?
“ Aisya… Tiap- tiap yang berlaku sudah tertulis dan hati yang menerima dengan tenang dan sabar akan berjaya dan bahagia. Terimalah dengan tenang” bagai terdengar suara Haryanti berbisik.
“Sya.. Riz tau Nur Ain tu anak I kan”bagaimana Fariz boleh tahu. Dia tak pernah menyatakan pada sesiapa kecuali Salma. Itupun pada Salma tak pernah kenal Fariz. Bagaimana Fariz boleh tahu sedangkan dia kenal Nur Ain tak sampai sebulan. Itupun sejak kejadian Fariz bawak Nur Ain makan ayam goreng.
“ Errr…Bukan…Nur..”tergagap-gagap Aisya Putri ingin menerangkannya.
“Sudahlah Sya…Jangan U nak sorokkan lagi. Riz dah buat ujian DNA pun untuk Riz dan Nur Ain.Keputusannya sah Nur Ain anak I”Aisya benar-benar terkesima. Sungguh tak diduga apa yang dibuat oleh Fariz. Tapi mengapa sampai begitu.
“ Kenapa U buat macam nie. Nur Ain bukan pernah muncul dalam hidup U Riz. Pada I dia tak pernah menyusahkan sesiapa pun.”tingkah Aisya Putri. Benar- benar hati meluap bila Fariz membuat sesuatu diluar pengetahuannya pada Nur Ain.Walau Fariz Isham ayah Nur Ain, tapi Nur Ain Bukan anak yang sah tarafnya. Dia anak luar nikah. Aisya Putri tidak pernah menikahi sesiapa. Dia melahirkan Nur Ain dan menjaganya tanpa seoarng suami. Apa lagi yang Fariz mahu. Tak puaskah dengan apa yang dibuat padaku. Tak cukupkah setelah kau membuat onar dan aku yang menanggung segala derita ini. Setelah aku berjaya keluar dari daerah hitam itu mengapa kau datang semula. Apakah tujuan kau… Adakah dia. ..Tidak aku takkan izinkan
“ I nakkan Nur Ain, Aisya Putri. I nak dia hidup dengan I dan isteri I sebagai satu family”tegas suara Fariz. Kejam! Kejam sungguh kau Fariz. Sampai hati kau mahu merebut harta yang tak ternilai itu. Kau sudah punya segalanya mengapa Nur Ain itu yang inginkan.
“ Tidak…Kau tak layak. Kau tak boleh ambil Nur Ain” Aisya Putri bingkas bangun.Berlari dan terus berlari.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Surat ditangannya dironyok. Pagi tadi dia menerima panggilan dari Fariz yang sudah menyatakan akan sampai satu notis saman untuk menuntut Nur Ain dari Aisya Putri. Hati Aisya benar- benar kelam kelibut. Tak tahu bagaimana untuk menghadapinya. Dia tak pernah berdendam dan ingin menyimpan benci pada lelaki itu. Tapi mengapa sampai hati lelaki itu tega merampas harta kesayanganya itu. Namun tiada apa yang dapat memisahkannya dari Nur Ain. Hanya Tuhan yang akan memisahkan kami.
“Aku tak tahu nak buat macamana lagi Sal,” luah Aisya Putri. Baginya tak guna dia terus berahsia
“Sabar Putri. Kita cari peguam yang bagus untuk lawan kes ini.Aku yakin kau boleh” pujuk Salma menenangkan hati Aisya Putri. Mungkin benar kata Salma.
Kring!Kring!Kring!
Salma yang tak jauh dari meja depan kedai sudah menyambut panggilan.
“Putri!Putri!’ Wajah Salma tampak sekali kalut.
“ Kenapa Sal?”Aisya terus mendekati Salma.
“ Nur Ain.Dia kena langgar dengan orang gila yang rempuh masuk kawasan sekolah”
“Ainnnn”….
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kini sudah tiada lagi tawamu. Tiada lagi senyummu yang mengukir ketenangan dijiwaku ini. Saat mawar ini jatuh di kuburan mu mama tahu kau berhati suci Nur Ain.Cahaya Mata ku Sayang!

senyuman n gembira


suatu ketika di suatu masa

Setiap daripada kita pasti menyimpan memori mereka sendiri. sedikit atau banyak bukan satu ukuran. Yang penting kita sendiri lebih tahu apa yang kita lalui. Menerimanya lebih baik daripada kita asyik berfikiran pesimis.Optimistik terhadap apa yang kita lalui. Semoga lebih berjaya